Sunday, November 1, 2015

SRI KAYA LABU




BAHAN:

1 bj labu - potong atasnya, korek buang isinya

5 bj telur - Gred B
250gm santan pekat
150 gm gula
4 sudu tepung castard 

3 sudu tepung gandum
Secubit garam 
Vanila 

Cara:
campur semua kacau guna whisk kemudian masukan dlm labu
kukus 40 - 1jam hingga custard & labu masak..
biar sejuk dlm kukusan baru angkat & simpan dlm fridge. 
Betul2 sejuk baru potong.


Tampuk labu yang dipotong boleh dikukus sama..letak je sebelah.jangan tutup atas srikaya tu..nanti kaya tak masak. Cucuk guna lidi bg memastikan kaya dah masak.
 




Thursday, June 26, 2014

SWEET SOUR KETAM PERISA TOMYAM


KETAM BERCILI BERSOS TOMYAM

BAHAN-BAHAN:

3 ekor ketam - digoreng
1 biji bawang besar | di mayang
3 ulas bawang putih | dihiris
10 tangkai cili kering | dikisar
1 paket pes tomyam
1 sudu makan sos tiram

sedikit air asam jawaSerbuk perasa 
Garam 
Gula 
Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:
1. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga garing.
3. Masukkan pes tomyam dan sos tiram. Kacau rata sehingga pecah minyak.
4. Sesuaikan rasa dengan memasukkan air asam jawa, garam, gula dan serbuk perasa. 
5. Akhir sekali masukkan ketam.
6. Siap.

IKAN KERABU MANGGA

IKAN KERABU MANGGA

Bahan:

1 ekor ikan Siakap/Kembung dll

2 biji mangga - sagat
3 ulas bawang kecil - hiris
10 biji cili padi - dihiris
Udang kering goreng tanpa minyak - tumbuk
3 sudu besar jus limau nipis
2 sudu besar sos ikan
Gula dan garam secukup rasa

Cara Penyediaan:
1,  Ikan digoreng & ketepikan.

2. Campurkan semua bahan2 dan siap untuk dituang atas ikan.

SIAKAP STIM

SIAKAP STIM LIMAU

Bahan:

1 ekor ikan siakap 
6 ulas bawang putih - dihiris halus
2 inci halia - dihiris halus
2-3 biji limau nipis - ambil jusnya/asam boi
5 bj atau lebih cili api (dihiris/diketuk)
1 sudu makan sos ikan
sedikit air
garam
gula
carrot
bunga kobis
tepun jagung
daun ketumbar

Cara-cara :
  • Lebur semua dalam kuali bersama air.
  • Biarkan air mendidih kemudian masukkan ikan, tutup sekejap hingga ikan masak.
  • masukkan tepung jagung.
  • Siap, tak payah nak kukus-kukus.
  • Last tabur daun ketumbar.


Tuesday, March 1, 2011

PECAL LELE


PECEL LELE
Satu lagi resepi yang menjadi hidangan keluargaku.

BAHAN:
1 kg ikan keli -(disalai)
2 bj cili merah - tumbuk halus
segenggam cekur - tumbuk halus
sedikit belacan - bakar
1 mangkuk santan pekat
daun cekur - hiris halus dan tabur
garam 
secubit gula

CARA:
1.  cili, cekur, belacan dicampur dalam santan pekat tadi dan perasakan dgn garam dan gula.
2. Tuang kuah tadi ke atas ikan yang telah disalai tadi.
3.  Hias dengan hirisan daun cekor.

Nota: 
Resepi asal, santan diperah dengan air masak dan dicampur dengan bahan-bahan lain,  kuah tidak perlu di masak.

Namun, boleh juga jika hendak dididihkan atas api perlahan agar santan tidak pecah.

Wednesday, September 29, 2010

KERANG GORENG CILI PADI

Resepiku yang ringkas..main campak2 jer.
 BAHAN:
1 kg kerang
3 ulas bawang putih - tumbuk kasar
3 ulas bawang merah - tumbuk kasar
5 bj cili padi - ketuk
1 batang serai - ketuk
1 in halia - ketuk
1 cawan air

CARA:
1.  Lebur kesemua kerang dan bahan2 lain ke dalam kuali dgn
     secawan air...
2. Biarkan sebentar hingga kerang terbuka dan masak.
3.  Siap & hidang.

Tuesday, September 28, 2010

KUIH TALAM BERLAUK


Bahan A:

2 cawan tepung beras
½ cawan tepung jagung
¼ cawan tepung gandum
1 bj/1 kotak kelapa (5 cawan santan)

Bahan utk inti:
250 gram daging cincang
1 sudu makan rempah kari
3 ulas bawang kecil - tumbuk halus
2 ulas bawang putih - tumbuk halus

Hiasan:
Daun bawang & daun sup
Cili merah/hijau - dadu
bawang goreng


Cara:
Untuk Inti.
1.  Tumis bawang2 dan rempah kari..kemudian masukkan daging..biar daging masak dan masukkan garam dan perasa.  Angkat.
Untuk basenya:1.  Campurkan kesemua bahan A hingga sebati dan kukus sebentar
     hingga ¾ masak.
2.  Taburkan bahan intinya di atas Bahan A tadi dan kukus semula
     hingga masak.
3.  Biar sejukkan dan boleh dipotong.
4.  Boleh dimakan begitu sahaja atau dengan sos cili.






Sos:


Cili kering dan bawang putih dimesin halus. Panaskan atas dapur dgn air, sos cili sedikit kicap garam gula dan panaskan sehingga pekat. (Masukkan sedikit tepung gandum. )