
Bahan A:
2 cawan tepung beras
½ cawan tepung jagung
¼ cawan tepung gandum
1 bj/1 kotak kelapa (5 cawan santan)
Bahan utk inti:
250 gram daging cincang
1 sudu makan rempah kari
3 ulas bawang kecil - tumbuk halus
2 ulas bawang putih - tumbuk halus
Hiasan:
Daun bawang & daun sup
Cili merah/hijau - dadu
bawang goreng
Cara:
Untuk Inti.
1. Tumis bawang2 dan rempah kari..kemudian masukkan daging..biar daging masak dan masukkan garam dan perasa. Angkat.
Untuk basenya:1. Campurkan kesemua bahan A hingga sebati dan kukus sebentar
hingga ¾ masak.
2. Taburkan bahan intinya di atas Bahan A tadi dan kukus semula
hingga masak.
3. Biar sejukkan dan boleh dipotong.
4. Boleh dimakan begitu sahaja atau dengan sos cili.
Sos:
Cili kering dan bawang putih dimesin halus. Panaskan atas dapur dgn air, sos cili sedikit kicap garam gula dan panaskan sehingga pekat. (Masukkan sedikit tepung gandum. )
No comments:
Post a Comment