Thursday, November 5, 2015

SIZZLING YEE MEE

7 ulas bawang putih - cincang
2 inci halia - hiris nipis
5 tangkai Cili kering - potong2
sebelah dada ayam - potong2
sebungkus cendawan shitake - rendam
sos tiram
kicap pekat
kicap cair
serbuk lada hitam
1 sudu kecil minyak bijan
4 cawan air/lebih
1 kuib ayam ( tak da pun tak apa)
3 sudu besar tepung jagung 
sayur sawi/carrot atau ikut suka
yee mee - siram air panas
telur

ulam tambahan: 
cili api + kicap (utk tambahan jika nak lagi pedas)

Cara:
1.   Tumis bawang putih, halia dan cili kering hingga kekuningan
2.   Masukkan ayam, biar ayam agak masak.
3.   Masukkan cendawan..
4.   Masukkan air, biarkan lagi hingga ayam masak.. 
5.   Masukkan bahan lain kicap, sos tiram,lada hitam, minyak bijan
6.   Biar ayam betul2 masak dan sayur2 keras yg lain.
7.   Jika sawi letak kemudian.
8.   Masukkan tepung jagung untuk pekatkan kuah..

Yee Mee Hot Plate:
1.   Letak Yee Mee atas hot plate
2.   Letakkan sayur kemudian curahkan kuah sesenduk atas mee. Tambah jika tak             cukup.
3.   Tambah telur jika suka.
4.   Jika tiada hot plate, satukan semua bahan dalam kuali sahaja.

No comments:

Post a Comment