Thursday, November 5, 2015

SIZZLING YEE MEE

7 ulas bawang putih - cincang
2 inci halia - hiris nipis
5 tangkai Cili kering - potong2
sebelah dada ayam - potong2
sebungkus cendawan shitake - rendam
sos tiram
kicap pekat
kicap cair
serbuk lada hitam
1 sudu kecil minyak bijan
4 cawan air/lebih
1 kuib ayam ( tak da pun tak apa)
3 sudu besar tepung jagung 
sayur sawi/carrot atau ikut suka
yee mee - siram air panas
telur

ulam tambahan: 
cili api + kicap (utk tambahan jika nak lagi pedas)

Cara:
1.   Tumis bawang putih, halia dan cili kering hingga kekuningan
2.   Masukkan ayam, biar ayam agak masak.
3.   Masukkan cendawan..
4.   Masukkan air, biarkan lagi hingga ayam masak.. 
5.   Masukkan bahan lain kicap, sos tiram,lada hitam, minyak bijan
6.   Biar ayam betul2 masak dan sayur2 keras yg lain.
7.   Jika sawi letak kemudian.
8.   Masukkan tepung jagung untuk pekatkan kuah..

Yee Mee Hot Plate:
1.   Letak Yee Mee atas hot plate
2.   Letakkan sayur kemudian curahkan kuah sesenduk atas mee. Tambah jika tak             cukup.
3.   Tambah telur jika suka.
4.   Jika tiada hot plate, satukan semua bahan dalam kuali sahaja.

Sunday, November 1, 2015

NASI AYAM VERSI SAYA





BAHAN:

SUP
1 ekor ayam - potong 8
3 ulas bawang kecil  - hiris
3 bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
Sup bunjut
4 sekawan (kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang, buah pelaga)
Sedikit bawang goreng
Daun sup
Daun Bawang
Garam


Cara:
1.   Tumis bawang hiris, halia dan sup bunjut sehingga wangi. Masukkan air.  
       Bila dah mendidih   masukkan ayam hingga ayam masak, angkat ketepikan ayam.
2.   Perasakan sup dengan garam & perasa.
3.  masukkan juga daun sup, daun bawang & bawang goreng.
4.   Sup siap.

AYAM
Ayam yang telah direbus tadi ditambah dengan bahan-bahan sepeti di bawah:
2 in halia - tumbuk lumat
5 ulas bawang putih - tumbuk lumat
kicap manis
sos tiram
sedikit madu

Cara:

1.  Campur semua bahan di atas dan gaul atas ayam.  Biarkan sebentar.
2.  kemudian bakar ayam atas pan dgn sedikit butter/minyak
3. ayam siap


KUAH KICAP
1.  Lebihan sos dari perapan ayam tadi ditambah lagi dgn kicap manis dan sos tiram untuk             kuah kicap lagi banyak.
2. Didihkan sebentar atas api dan tambah sedikit lagi air.
3.  Kicap siap.

CILI SOS
5 bj cili merah
10 tangkai cili padi
2 ulas bawang putih
10 biji limau kasturi
gula 
garam
* kepedasan cili merah/cili padi ikut suka berapa banyak nak letak

Cara:

1.  Kesemua bahan di atas diblend halus kecuali limau kasturi perah airnya dan racik2 halus 
      kulitnya dan masukkan sekali dalam cili. Siap.

BOTOK-BOTOK












BAHAN-BAHAN:
Ikan Tenggiri/ikan Bilis Putih/Udang dll

2 biji bawang besar   }
6 ulas bawang kecil   }
4 ulas bawang putih  } kisar halus
1 inci halia                   }
1 inci lengkuas            }
5 batang serai - hiris halus
2 camca besar kerisik
2 cawan kelapa parut (putih sahaja)
3 sudu makan rempah kari ikan 
2 sudu makan cili kisar
1/2 cawan jus asam jawa
Garam
Brown sugar

DAUN-DAUN YANG BOLEH DIGUNAKAN:
Pucuk ubi 
Pucuk bebuas 
pucuk betik
pucuk mengkudu
pucuk kaduk 
Puding mangkok/kerinting/dll
Daun selasih
Daun kesom
Daun kunyit -  hiris halus
Daun cekur -  hiris halus

Cara:
1.  Tumis bahan2 kisar & cili kisar hingga garing.
2.  masukkan air asam jawa, kerisik, kelapa parut, garam, gula sesuai rasa.
3.  Matikan api, masukkan serai hiris, daun kunyit dan cekur yang dihiris halus.
4. Rempah siap dan boleh lah bungkus botok2 berkenaan:
    - letak daun pisang
    - susun dedaun ulam atas daun pisang, letakkan rempah, kemudian ikan/dll, letak lagi              rempah dan daun atasnya.
    - bungkus seperti nasi lemak/lain2 cara
    -   kukus 1 jam dan siap

SRI KAYA LABU




BAHAN:

1 bj labu - potong atasnya, korek buang isinya

5 bj telur - Gred B
250gm santan pekat
150 gm gula
4 sudu tepung castard 

3 sudu tepung gandum
Secubit garam 
Vanila 

Cara:
campur semua kacau guna whisk kemudian masukan dlm labu
kukus 40 - 1jam hingga custard & labu masak..
biar sejuk dlm kukusan baru angkat & simpan dlm fridge. 
Betul2 sejuk baru potong.


Tampuk labu yang dipotong boleh dikukus sama..letak je sebelah.jangan tutup atas srikaya tu..nanti kaya tak masak. Cucuk guna lidi bg memastikan kaya dah masak.