Wednesday, September 29, 2010

KERANG GORENG CILI PADI

Resepiku yang ringkas..main campak2 jer.
 BAHAN:
1 kg kerang
3 ulas bawang putih - tumbuk kasar
3 ulas bawang merah - tumbuk kasar
5 bj cili padi - ketuk
1 batang serai - ketuk
1 in halia - ketuk
1 cawan air

CARA:
1.  Lebur kesemua kerang dan bahan2 lain ke dalam kuali dgn
     secawan air...
2. Biarkan sebentar hingga kerang terbuka dan masak.
3.  Siap & hidang.

Tuesday, September 28, 2010

KUIH TALAM BERLAUK


Bahan A:

2 cawan tepung beras
½ cawan tepung jagung
¼ cawan tepung gandum
1 bj/1 kotak kelapa (5 cawan santan)

Bahan utk inti:
250 gram daging cincang
1 sudu makan rempah kari
3 ulas bawang kecil - tumbuk halus
2 ulas bawang putih - tumbuk halus

Hiasan:
Daun bawang & daun sup
Cili merah/hijau - dadu
bawang goreng


Cara:
Untuk Inti.
1.  Tumis bawang2 dan rempah kari..kemudian masukkan daging..biar daging masak dan masukkan garam dan perasa.  Angkat.
Untuk basenya:1.  Campurkan kesemua bahan A hingga sebati dan kukus sebentar
     hingga ¾ masak.
2.  Taburkan bahan intinya di atas Bahan A tadi dan kukus semula
     hingga masak.
3.  Biar sejukkan dan boleh dipotong.
4.  Boleh dimakan begitu sahaja atau dengan sos cili.






Sos:


Cili kering dan bawang putih dimesin halus. Panaskan atas dapur dgn air, sos cili sedikit kicap garam gula dan panaskan sehingga pekat. (Masukkan sedikit tepung gandum. )